Saturday, August 22, 2009

Ditolak

Tajuk :- Ditolak

Ari ni aku menatap papan kekunci dengan rasa bengang. Sekali lagi aku terasa nilai diriku terlalu rendah. Apa yang hina pada diriku?
Aku hanya ingin bertemu dengannya ketika dia datang ke negeri ku. Bukan jauh pun tempat kursusnya dengan tempat kerja ku.. Kalau nak suruh aku jalan kaki ke sana pun aku sanggup.
Tapi sms yang ku hantar langsung tiada balasan. Bukan sekali dua apa yang kuhantar tidak dibalas namun aku cuba teguhkan hati. Masih mengharap akan secebis cintanya namun aku kecewa lagi..
Pagi tadi aku melayari blognya, beliau seperti meminta maaf tanpa menyatakan siapa namun aku tahu yang ia ditujukan pada diriku ini.

Apa nak buat, seperti kata seseorang 'cukuplah kawan internet sahaja'. Mungkin itu yang ingin dinyatakan padaku tapi mungkin takut aku terguris. Mungkinkah ini akibatnya penolakan cinta yang aku lakukan dahulu..
Aku akui kadangkala rasa bersalah tapi itu keputusan yang aku buat. Dan aku tidak boleh berganjak dari situ. Keadaan semasa memaksaku..

Tak mengapalah sahabatku.. Mungkin rasanya aku akan mengeluarkan perasaan bodoh yang bersarang dalam hatiku. Aku tahu kelayakanku tidak cukup setaraf untukmu. Kau pegawai tinggi kerajaan sebaliknya aku hanya picisan yang sekadar memenuhkan ruang pejabat.
Apa pun aku tak perlu menangis. Aku yakin pencarianku belum berakhir dan ratuku pasti akan tiba..